Mengakui dirinya terpaksa bertindak tegas sebelum menerima tawaran untuk membuat ulasan produk (review) daripada peniaga di platform media sosial, pelakon Noorkhiriah mendedahkan tindakannya dilakukannya berikutan sikap peniaga kini khabarnya sanggup menayang ‘body’ demi melariskan produk kebelakangan ini.
Menurut Khiriah, ramai dalam kalangan peniaga juga dilihat tidak segan beraksi sedemikian rupa hanya sekadar mahu mengaut untung.
https://www.instagram.com/p/CEq5FFRgQTh/?utm_source=ig_embed
“Disebabkan akak tak baiklah akak jadi gini. Dan disebabkan sekarang dah terlalu ramai tak kira perempuan tulen atau sebaliknya. Akak minta maaf sebab terpaksa tegas camni. Dah takda segan silu tonjol buah kelapa, cempedak, pisang, betik segala.”
Dalam pada itu, Khiriah juga dilihat tidak segan memaparkan perbualan bersama peniaga, yang mana pihak terbabit dikehendaki menghantar terlebih dahulu video untuk diperiksa sebelum membuat bayaran.
Hal ini demikian kerana, Khiriah difahamkan mahu mengelak daripada berkongsi kandungan yang tidak senonoh dan berharap agar semua pihak memahami dengan permintaannya.
“Bahu akak dah berat dengan dosa. Kongsi pun akak dapat saham. Dosa sendiri dah banyak adik. Akak tak baik tapi cuba mengelakkan. Mohon maaf sangat dan terima kasih korang sangat-sangat memahami.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila penyanyi dan usahawan terkenal Malaysia iaitu Siti Sarah tampil meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir peniaga yang sanggup melakukan cara pemasaran produk dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan maruah diri.