Bahayanya! Botol Clorox Dan Minuman Yougurt Tesco Hampir Serupa

Trending

Bahayanya! Botol Clorox Dan Minuman Yougurt Tesco Hampir Serupa

Baru-baru  ini kecoh di media sosial, pengguna Tesco memberitahu bahawa cecair peluntur dan minuman yougurt  jenama Tesco kelihatan sama. Ini akan membahayakan nyawa pelanggan kerana kelihatan serupa.

Susulan kebimbangan disuarakan orang ramai yang mendakwa terdapat persamaan dalam rekaan botol peluntur dan minuman yogurt dikeluarkan, Tesco Malaysia akan meletakkan tanda amaran pada botol peluntur pakaian yang dikeluarkan syarikat itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pelanggan.

Advertisement

Tesco Malaysia peka dengan kebimbangan disuarakan berhubung persamaan reka bentuk produk peluntur dan minuman yogurt Tesco Everyday Value.

Kami ingin memaklumkan pihak kami sedang mengubah semula reka bentuk produk tersebut dan rekaan dijangka dilancarkan selepas bulan Jun nanti.

Buat masa ini, kami ambil langkah sewajarnya dengan menambah amaran keselamatan pada bahagian hadapan botol peluntur itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua produk pencuci lantai berasid dan produk peluntur dikeluarkan Tesco dilengkapi dengan penutup keselamatan untuk kanak-kanak.

 

Kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hati sebelum membeli 2 produk ini di Tesco.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...