Pempengaruh media sosial dikenali ramai, baru-baru ini, telah ditegur oleh netizen susulan memuat naik video satu video di platform TikToknya.
Pakai make-up sebelum bersalin
Dalam video yang dimuat naik, influencer tersebut kelihatan cantik sedang duduk di katil wad bersalin sambil menggenakan solekan di wajahnya.
Difahamkan oleh suaminya, ketika itu wanita terbabit sedang menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga.
Netizen tampil beri teguran
Biarpun sekadar berkongsi momen-momen sebelum bersalin, netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut tampil menegur tindakan influencer terbabit yang mengenakan solekan sebelum bersalin.
Sesetengah netizen berpendapat tindakan tersebut bahaya buat influencer kerana bimbang doktor tidak dapat mengesan jika berlakunya perubahan di bahagian muka.
Malah, ada juga yang persoalkan adakah trend pada masa kini untuk pempengaruh mengenakan make-up dahulu sebelum bersalin dan keperluan melakukan perkara tersebut.