“Bahaya Pakai Selipar Nipis”, Lelaki Ini Nyaris ‘Ditelan’ Eskalator Selama Satu Jam

Trending

“Bahaya Pakai Selipar Nipis”, Lelaki Ini Nyaris ‘Ditelan’ Eskalator Selama Satu Jam

Dah banyak kali juga kes kemalangan yang berlaku di eskalator yang menyebabkan kaki pengguna tersangkut. Kali ini, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas kakinya tersangkut di sebuah eskalator selama satu jam di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Dalam kejadian malang ini, kaki lelaki ini telah ‘ditelan’ oleh eskalator selepas selipar yang dipakainya tersangkut pada hujung eskalator. Kalau diikutkan, kebanyakan kemalangan yang berlaku begini adalah berpunca daripada jenis kasut atau selipar yang dipakai.

Advertisement

Kaki kanan mangsa tersangkut sepenuhnya pada eskalator daripada peha hingga ke bawah. 

lif escalator
lif escalator
Mungkin juga disebabkan selipar lebih nipis daripada kasut biasa, jadi ianya lebih mudah tersangkut pada penghujung eskalator. Lelaki ini terpaksa bertahan selama satu jam sebelum pihak bomba berjaya mengeluarkannya dari situ.

lif escalator
lif escalator
Menurut Jabatan Bomba dan Kecemasan, mereka menerima panggilan dari orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Kaki mangsa juga didapati patah selepas hampir satu jam tersangkut dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: WOB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...