Dah banyak kali juga kes kemalangan yang berlaku di eskalator yang menyebabkan kaki pengguna tersangkut. Kali ini, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas kakinya tersangkut di sebuah eskalator selama satu jam di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dalam kejadian malang ini, kaki lelaki ini telah ‘ditelan’ oleh eskalator selepas selipar yang dipakainya tersangkut pada hujung eskalator. Kalau diikutkan, kebanyakan kemalangan yang berlaku begini adalah berpunca daripada jenis kasut atau selipar yang dipakai.
Kaki kanan mangsa tersangkut sepenuhnya pada eskalator daripada peha hingga ke bawah.




Sumber: WOB