“Bahaya Kena Kipas..” – ‘Lambung’ Anak Tinggi-Tinggi, Netizen Minta Fasha Sandha Henti Buat Aksi Itu

Hiburan

“Bahaya Kena Kipas..” – ‘Lambung’ Anak Tinggi-Tinggi, Netizen Minta Fasha Sandha Henti Buat Aksi Itu

Sememangnya buat semua ibu yang sudah seharian bekerja akan tidak sabar untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak.

Tidak terkecuali juga buat pelakon yang juga merupakan seorang ibu iaitu Fasha Sandha memuat naik video di akaun Instagramnya sedang bermain dengan anak perempuannya, Aisha Amaira selepas pulang dari kerja.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Jelas kelihatan gembiranya Aisha bermain dengan ibunya dan gelak tidak berhenti-henti apabila Fasha ‘melambungkan’ dia ke atas.

Bagaimanapun, netizen mempunyai pandangan yang berbeza di ruangan komen, ada yang berasa ‘geram’ melihat anaknya itu kerana comel ketika sedang bergelak ketawa tetapi dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihati pelakon tersebut agar henti membuat aksi sedemikian.

Mereka meminta agar pelakon yang cukup popular dengan filem Anak Mami Kembali itu tidak melambung anaknya tinggi-tinggi kerana bimbang terlepas serta anaknya akan mengalami gegaran otak.

komen IG Fasha SandhaSumber : Instagram 

Walaupun dikecam, Fasha sempat mempertahankan dirinya bahawa perbuatan yang dilakukan bersama anak perempuan dia itu dijamin keselamatannya supaya tidak terlepas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

pinangkan madu untuk suami
2 years ago

"Poligami Itu Lebih Indah" - Pinangkan Madu Untuk Suami, Isteri Pertama Akui Seronok Ada Kawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...