Sememangnya buat semua ibu yang sudah seharian bekerja akan tidak sabar untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak.
Tidak terkecuali juga buat pelakon yang juga merupakan seorang ibu iaitu Fasha Sandha memuat naik video di akaun Instagramnya sedang bermain dengan anak perempuannya, Aisha Amaira selepas pulang dari kerja.
View this post on Instagram
Jelas kelihatan gembiranya Aisha bermain dengan ibunya dan gelak tidak berhenti-henti apabila Fasha ‘melambungkan’ dia ke atas.
Bagaimanapun, netizen mempunyai pandangan yang berbeza di ruangan komen, ada yang berasa ‘geram’ melihat anaknya itu kerana comel ketika sedang bergelak ketawa tetapi dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihati pelakon tersebut agar henti membuat aksi sedemikian.
Mereka meminta agar pelakon yang cukup popular dengan filem Anak Mami Kembali itu tidak melambung anaknya tinggi-tinggi kerana bimbang terlepas serta anaknya akan mengalami gegaran otak.
Walaupun dikecam, Fasha sempat mempertahankan dirinya bahawa perbuatan yang dilakukan bersama anak perempuan dia itu dijamin keselamatannya supaya tidak terlepas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.