Bahaya! Guna Minyak Masak Berulang Kali Undang Risiko Penyakit Bawa Maut

Kehidupan

Bahaya! Guna Minyak Masak Berulang Kali Undang Risiko Penyakit Bawa Maut

Rasanya ramai dikalangan masyarakat yang menggunakan minyak masak yang telah digunakan berulang kali bukan? Tambahan pula, minyak yang digunakan itu masih kelihatan elok, maka ramai yang menggunakannya untuk masakan seterusnya.

Namun, tahukah anda penggunaan minyak masak secara berulang kali tidak digalakkan kerana ia mampu menjejaskan kesihatan diri dan itu disahkan sendiri oleh seorang doktor di Twitter yang bernama Dr. Samhan.

Advertisement

Menurut doktor berkenaan, penggunaan minyak secara berulang kali membuatkan seseorang berpontensi untuk mendapat penyakit atherosclerosis ataupun dikenali sebagai darah tersumbat.

Ini kerana minyak yang telah digunakan secara banyak kali akan meninggalkan sisa toksik dan makanan yang digoreng menggunakan minyak berkenaan akan menyerap toksik-toksik terbabit.

Faham keadaan orang ramai yang tidak mahu membazir, Dr. Samhan berpesan agar masyarakat memaksimum pengunaan minyak sebanyak dua ataupun tiga kali. Tetapi seandainya minyak tersebut digunakan untuk menggoreng haiwan berdarah, maka digalakkan untuk guna sekali sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

BACA: “Lantaklah!” – ‘Salesman’ Pertikai Ramai Pembeli Tanya Kereta Dapat Bila Padahal Baru ‘Booking’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...