Rasanya ramai dikalangan masyarakat yang menggunakan minyak masak yang telah digunakan berulang kali bukan? Tambahan pula, minyak yang digunakan itu masih kelihatan elok, maka ramai yang menggunakannya untuk masakan seterusnya.
Namun, tahukah anda penggunaan minyak masak secara berulang kali tidak digalakkan kerana ia mampu menjejaskan kesihatan diri dan itu disahkan sendiri oleh seorang doktor di Twitter yang bernama Dr. Samhan.
Jangan guna minyak masak berulang kali.
Ini bahaya!
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras & tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson & barah. pic.twitter.com/JIlcLc9Ytq
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 5, 2022
Menurut doktor berkenaan, penggunaan minyak secara berulang kali membuatkan seseorang berpontensi untuk mendapat penyakit atherosclerosis ataupun dikenali sebagai darah tersumbat.
Ini kerana minyak yang telah digunakan secara banyak kali akan meninggalkan sisa toksik dan makanan yang digoreng menggunakan minyak berkenaan akan menyerap toksik-toksik terbabit.
Faham keadaan orang ramai yang tidak mahu membazir, Dr. Samhan berpesan agar masyarakat memaksimum pengunaan minyak sebanyak dua ataupun tiga kali. Tetapi seandainya minyak tersebut digunakan untuk menggoreng haiwan berdarah, maka digalakkan untuk guna sekali sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
BACA: “Lantaklah!” – ‘Salesman’ Pertikai Ramai Pembeli Tanya Kereta Dapat Bila Padahal Baru ‘Booking’