Bahaya Cahaya Biru Ramai Tak Tahu, Ini Cara Elak Risikonya

Branded

Bahaya Cahaya Biru Ramai Tak Tahu, Ini Cara Elak Risikonya

Mungkin ramai tak tahu, kita terdedah dengan cahaya biru seharian, termasuklah ketika membaca artikel ini. Aik, apa tu cahaya biru? Cahaya biru adalah salah satu spektrum cahaya boleh dilihat selain warna merah, jingga, kuning, hijau, indigo & ungu. Siapa ingat lagi?

Cahaya fluoresen dan LED dari gajet seperti smartphone dan laptop juga mempunyai cahaya biru. Sama seperti sinar UV, cahaya biru juga boleh memberi lebih kesan negatif kerana masuk lebih dalam kulit berbanding UVA dan UVB.

Percepat proses penuaan

Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan gajet selama 8 jam 5 minit setiap hari. Kajian menunjukkan cahaya biru dari gajet elektronik akan menyebabkan perubahan pada sel kulit, termasuklah pengecutan dan kematian sel. Seram kan? Cahaya biru ni juga mempercepat proses penuaan. Pendedahan singkat serendah 60 minit pun boleh menyebabkan pigmentasi dan penuaan sebelum usia tau!

Bukan tu je, terlalu banyak terdedah pada cahaya biru juga akan menyebabkan proses pigmentasi. Menurut Dr Murad, pakar dermatologi dengan jenama skincare sendiri, ‘Meluangkan masa 4 hari untuk bekerja 8 jam sehari di depan komputer mendedahkan kita kepada jumlah yang sama dengan berjemur 20 minit di bawah matahari tengah hari. Ringkasnya, 7 minit pendedahan matahari pada jam 1 petang cukup untuk menggelapkan kulit’.

Macam mana nak atasi?

Sunplay Sunscreen

Kredit foto: Goody 25

Kalau sebelum ni kita tahu ada sunscreen untuk melindungi dari sinar UV, tapi ada ke yang boleh elak efek cahaya biru? Mestilah ada! Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+ PA++++ telah dipertingkatkan dengan teknologi Solarex-5 bukan sunscreen biasa kerana turut dilengkapi perlindungan cahaya biru dan cahaya inframerah. Tak perlu risau lagi dengan tanda-tanda penuaan.

Sunscreen ini didatangkan dalam dua variasi iaitu UV Super Moisture Essence dan UV Super Moisture Gel. Soalan yang ramai akan tertanya-tanya, apa beza dua jenis ni? Ok, jom kami share.

Sunscreen dengan penutup warna emas

Sunplay Sunscreen promo visual

Variasi Gel dirumuskan dengan asid Nano Hyaluronic yang membolehkannya meresap secara mendalam ke dalam kulit untuk memastikan kulit lembap sepanjang hari. Untuk mereka berkulit kering, Essence adalah pilihan tepat. Essence mempunyai 3 jenis asid Hyaluronic untuk kesan kelembapan maksimum.

Persamaan kedua-dua variasi ini adalah diformulasi dengan ekstrak Snow Fungus untuk penghidratan kulit optimum. Selain tu, kedua-duanya juga mempunyai Vitamin C untuk mencerahkan tona kulit tidak sekata, dan hasilnya kulit lebih berseri.

Sunplay Sunscreen

Kredit foto: Goody 25

Sebelum ramai keliru macam mana nak cari sunscreen Sunplay yang ini, cuma perlu cari penutup warna emas untuk lebih mudah. Iyalah, bermacam jenis sunscreen Sunplay ada, nak senang, ingat je warna penutup, confirm tak salah beli.

Yang penting, tekstur yang ringan dan mudah meresap akan menjadikan sunscreen ini bakal sunscreen favourite korang. Dah la tak berminyak atau melekit, apply sebelum mekap pun cantik, sis!

Sunplay Sunscreen

Kredit foto: Goody 25

Sunscreen Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture Gel SPF50+ dijual pada harga RM45.90 (80g) dan Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture Essence SPF50+ (RM45.90) (50g), kini boleh dibeli di Shopee, Watsons, Guardian, AEON Wellness dan Caring serta pasar raya berdekatan. Jangan lupa like Facebook Sunplay untuk info dan promo terkini!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...