Bahana Guna Telefon Bimbit Sedang Di Cas, Bahaya Dan Boleh Membawa Maut

Trending

Bahana Guna Telefon Bimbit Sedang Di Cas, Bahaya Dan Boleh Membawa Maut

2Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan agar tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna itu sendiri.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan berkata, tabiat menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas boleh mendatangkan bahaya kerana berkemungkinan besar berlaku kerosakan pada alat pengecas yang digunakan seperti kebocoran elektrik.

“Amaran ini dikeluarkan berikutan kes seorang suri rumah yang dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit ketika dicas sehingga mendatangkan maut,” katanya.

Advertisement

Berdasarkan siasatan awal, alat pengecas yang digunakan semasa kejadian telah mengalami kebakaran kecil berikutan penggunaan alat pengecas bukan dari pengeluar asal telefon bimbit.

“Pengilang, pengimpot, pembekal dan penjual diingatkan supaya hanya memasarkan alat pengecas yang mempunyai label SIRIM-ST atau pengecas tulen yang dibekalkan bersama telefon bimbi yang mempunyai label SKMM.”

“Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan alat pengecas yang hanya mempunyai label seperti diatas,” katanya lagi berdasarkan kenyataan media.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai keselamatkan penggunaan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi dan Komunikasi, Jabatan perkhidmatan Korporat di talian 03 8870 8500/8598 atau emel ke [email protected]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.