Bahan Yang Berkhasiat Sangat Penting Dalam Pemilihan Produk! Produk INI Bantu Cerahkan Kulit Wajah Sepantas 3 Hari!

Branded

Bahan Yang Berkhasiat Sangat Penting Dalam Pemilihan Produk! Produk INI Bantu Cerahkan Kulit Wajah Sepantas 3 Hari!

“ Nak dapatkan kulit yang cerah tak perlu sampai berhabis wang!”

Selalu kalau cakap tentang kulit cerah tanpa cela, ramai yang akan recommend produk yang mempunyai bahan vitamin C. 

Tambahan pula, salah satu standard kecantikan masa kini ialah memiliki kulit yang cerah, maka tak hairanlah jika ramai yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk membeli produk penjagaan wajah yang mempunyai vitamin C.

Namun begitu, tak semua produk vitamin C di pasaran diproses dan diformulasi dengan cara yang sama tau, sebab itulah  ada sesetengah produk dengan kandungan vitamin C tidak dapat memberikan hasil yang diinginkan!

Tapi kali ni, kami nak kongsikan cara pilih produk dengan bahan vitamin C yang dapat berikan hasil yang optimum. Rahsianya, pilihlah produk yang menggunakan teknologi cold extraction. 

Teknik ini merupakan cara di mana Vitamin C diekstrak daripada buah oren pada suhu yang rendah tanpa menggunakan haba atau pemanasan, untuk memastikan nutrien yang maksimum dapat dikekalkan. Ini kerana, struktur molekul vitamin C adalah kurang stabil, dan ia mudah teroksida terutamanya apabila terdedah kepada haba.

Paling best, bila menggunakan produk penjagaan wajah dengan vitamin C ni, ia bukan saja mencerahkan tona kulit dan melawan penuaan, malah ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan kolagen tau!

Macam ni, tak perlu lagi risau kalau keluar rumah tak pakai make-up sebab wajah tampak awet muda!

Tapi produk vitamin C apa yang best dan terbukti berkesan di pasaran sekarang?

Memperkenalkan NIVEA C&HYA, produk penjagaan wajah yang tinggi dengan Vitamin C

Jenama produk penjagaan diri terkenal, NIVEA baru sahaja melancarkan rangkaian penjagaan wajah terbaru, NIVEA C&HYA yang diperkaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan menggunakan teknik cold extraction. .

Apa yang buatkan min tertarik dengan produk NIVEA C&HYA ialah bahan semulajadi utamanya um iaitu  buah oren. Buah yang terkenal dengan kadar vitamin C yang tinggi bagi mengekalkan kulit yang cerah, anjal, meratakan tona kulit dan memberikan kulit yang gebu.

Malah ia turut mempunyai manfaat konsentrasi vitamin C sehingga 500X ganda, patutlah 90% pengguna bersetuju produk ini berjaya mengurangkan bintik hitam pada wajah mereka!

NIVEA C&HYA ini juga kaya dengan asid hyaluronik dengan 3 saiz molekul berbeza yang mampu meresap jauh ke dalam kulit. Menjadikan kulit lebih gebu dan anjal!

Rangkaian produk NIVEA C&HYA yang sesuai diamalkan sebagai rutin penjagaan wajah

Terdapat 5 produk dalam rangkaian NIVEA C&HYA ini dan semua bebas Paraben dan Silikon yang menyebabkan kulit merah, gatal dan menjadi punca jerawat. Rangkaian produk ini juga sesuai digunakan bagi mereka yang berkulit sensitif tau!

Untuk kesan maksima, kami cadangkan korang untuk cuba rutin penjagaan wajah menggunakan produk NIVEA C&HYA yang kami share ni. Confirm cun!

Langkah Pertama: Cuci Muka Menggunakan Vitamin C Cleanser (100 ML) 

Pencuci muka dengan buih halus ini berkesan untuk membersih segala kekotoran sehingga ke liang pori  dengan 3x kali ganda kesan maksima agar kulit terasa bersih dan lembut selepas cucian! Korang dapat lihat liang pori semakin mengecil, tona kulit lebih sekata, dan kulit pun terasa bouncy!

Harga: RM 28.90 

Langkah Kedua: Gunakan Vitamin C Essence (100 ML) Pada Seluruh Kulit Wajah

Pati tekstur ultra ringan diperkaya dengan 100X Vitamin C menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit agar kulit berseri, sekata dan anjal selepas penggunaan. Ia mempunyai formula non-komedogenik yang diformulasi khas untuk mengurangkan bintik hitam yang degil pada kulit wajah. 

Harga: RM 44.50 

Langkah Ketiga: Tambahkan Keserian Wajah Dengan Serum Vitamin C (30 ML)

Bila sebut pasal serum ni, memang serum dari jenama NIVEA ni adalah salah satu produk ‘wajib’ add to wishlist/ cart dalam rutin penjagaan kulit korang! Serum ini merupakan produk ‘paling laris’ bagi rangkaian NIVEA C&HYA dengan 500 kali vitamin C! 

Ia meresap jauh ke dalam kulit serta mengembalikan keserian pada kulit yang letih serta-merta. Malah, serum ini juga mampu mengurangkan bintik-bintik hitam dan mengembalikan tona kulit yang sekata.

Harga: RM85.00

Langkah Keempat: Lengkapkan Rutin Penjagaan Wajah Dengan Vitamin C Day Serum Cream (50 ML)Dan Vitamin C Night Cream (50 ML)

Bila dah lengkap rutin asas skincare korang tu, apa kata korang cuba gunakan krim siang dari NIVEA ni. Tekstur krim siang ini bersifat ringan pada kulit. Ia mengandungi perlindungan SPF30 yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Senang cerita, korang dah tak perlu nak apply sunscreen lagi kalau guna krim siang ni!

Krim siang dengan efek serum ini sangat membantu dalam mengurangkan masalah pada kulit wajah seperti bintik hitam, kulit kusam, kedutan dan garis halus yang terjadi akibat terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan sinar biru pada gajet.

Harga: RM59.90.

Waktu malam pun kena lah manjakan kulit korang selepas penat seharian melakukan aktiviti harian! Krim malam ini bersifat gel dan tidak melekit pada wajah. Ia berkesan menghidratkan kulit secara mendalam dan berkesan mengurangkan bintik-bintik hitam untuk tona kulit yang lebih sekata dan berseri! 

Harga: RM 62.90.

Tak perlu malu dengan warna kulit wajah korang! Sebaliknya, korang kenalah sentiasa kekalkan kulit wajah yang sihat dan mulus dengan rangkaian produk NIVEA C&HYA. 

Bagi korang yang berminat, rangkaian produk ini boleh didapatkan di cawangan Watsons yang berhampiran ataupun di laman web e-dagang Watsons. Nak lebih mudah, korang boleh dapatkan rangkaian NIVEA C&HYA di Shopee dan Lazada

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...