Sebelum ini, kecoh dengan isu beberapa orang pelawak terkenal terpalit dengan kes dadah.
Susulan itu, penerbit dan pelakon popular, Datuk Afdlin Shauki meminta orang ramai supaya tidak ‘memukul’ rata dengan mengatakan semua pelawak bermasalah.
Menurut OhBulan!, penerbit itu berkata, dua pelawak yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki bahan terlarang tidak menggambarkan sikap keseluruhan pelawak lain.
Dahulunya dadah ini sering dikaitkan dengan penyanyi. Sebenarnya, dadah ini adalah masalah kepada semua lapisan masyarakat, bukan sahaja kepada penyanyi dan pelawak.
Tidak patutlah pukul rata dengan cakap semua pelawak ambil dadah. Ramai sahaja mereka (pelawak) yang kerja keras untuk keluarga mereka tanpa mengambil barang.
Dia turut berkata orang ramai tidak seharusnya menjatuhkan hukuman secara melulu tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Dia menasihati orang ramai supaya mendoakan agar urusan pelawak yang ditahan itu dipermudahkan.
Tidak patut kita yang tak tahu hal sebenar terus melulu menghentam mereka. Saya tidak berkenan apabila terdapat segelintir netizen mengatakan semua pelawak sama (mengambil dadah).
Yang patut kita lalukan adalah mendoakan yang terbaik supaya mereka yang terlibat dapat perbaiki diri dan mendapatkan keadilan yang sebaiknya.
Walau bagaimanapun, dia tidak menafikan perkara ini memberi kesan buruk kepada anak seni yang lain sehingga dipandang serong oleh masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.