Bahan Lawan Bintik Gelap Untuk Kulit Sensitif Ditemukan, 14 Hari Dah Nampak Beza!

Branded

Bahan Lawan Bintik Gelap Untuk Kulit Sensitif Ditemukan, 14 Hari Dah Nampak Beza!

Mungkin masih ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai kulit sensitif. Bila tersalah pakai produk mulalah kulit meragam, kemerahan, gatal-gatal, kekeringan, atau merasai sensasi terbakar pada kulit.

Kulit sensitif perlu pendekatan berbeza

Untuk merawat kulit sensitif memerlukan perhatian yang berbeza, apatah lagi untuk kulit dengan masalah bintik gelap dan tona tidak sekata. Penjagaan khusus perlu untuk menghasilkan kulit yang cerah, sihat dan berseri.

Kulit sensitif juga selalu dikaitkan dengan masalah penghadang kulit yang lemah. Akibatnya, kulit terdedah keradangan dan mengakibatkan tekstur kulit kelihatan kusam kerana kurang cahaya dipantulkan.

Selain itu, kulit sensitif juga cenderung untuk meradang dan seterusnya merangsang melanogenesis dan mengakibatkan hiperpigmentasi.

Bertambah kritikal pula apabila ada faktor luaran seperti sinaran UV, sinaran biru dan pencemaran yang membuatkan kulit sensitif bertambah teruk.

Bercakap pasal produk untuk kulit sensitif, jenama Cetaphil adalah yang pertama muncul di fikiran. Untuk menangani masalah hiperpigmentasi bagi kulit sensitif, jenama ini memperkenalkan Cetaphil Bright Healthy Radiance.

Dikuatkuasakan oleh generasi baharu GentleBright Technology, Cetaphil Bright Healthy Radiance melancarkan penambahan Duo Hebat baharu iaitu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser!

Tambahan dua produk dalam rangkaian ini melengkapkan dan mempertingkat keberkesanan rutin penjagaan anti-pigmentasi dalam 14 hari selain melegakan iritasi kulit selain melindungi kulit dari sinaran biru dan sinaran UV.

Tahu tak, rangkaian Bright Healthy Radiance ini bukan sahaja melawan hiperpigmentasi dan kulit tidak sekata malahan lapisan penghadang kulit pun masih kekal terpelihara tanpa dirosakkan?

Formulasi bahan terbaik

cetaphil bright healthy radiance

Cetaphil Bright Healthy Radiance yang BAHARU! diformulasikan dengan 4 bahan gabungan unik dengan kebaikan tersendiri yang digabungkan untuk manfaat penggunanya.

-GentleBright Technology™ gabungan kebaikan Niacinamide dan White Sea Daffodil. Niacinamide seperti diketahui ramai mempunyai ciri anti-radang dan memberi efek pencerahan. White Sea Daffodil pula bahan neuroaktif anti-bintik gelap. Ia adalah ekstrak bunga semulajadi yang berasal dari penanaman rumah hijau

-Advanced Peptide menangani bintik-bintik hitam dengan mekanisme pencerahan yang disasarkan pada 5 peringkat.

-Vitamin C yang menjadi bahan anti-oksidan berkuasa untuk mengurangkan tanda-tanda keletihan dengan menggalakkan penghasilan hyaluronic acid.

Apabila digunakan bersama, Duo Hebat iaitu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan the Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser meningkatkan kesan kecerahan kulit sebanyak +30% dan keserian kulit sebanyak +41%.

Gabungkan Duo Hebat Baharu Cetaphil Bright Healthy Radiance dengan rangkaian sedia ada

cetaphil bhr serum

Dirumus khas untuk kulit sensitif, Duo Hebat baharu Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Cetaphil Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser melangkaui pencerahan kulit yang lembut dengan memberi manfaat pelbagai tindakan. Ia mengekalkan penghadang kulit anda, mencerahkan bintik-bintik hitam, dan menyekatakan tona kulit dengan hasil yang pantas dan nyata masa 14 hari.

cetaphil bhr cleanser

Mulakan rutin penjagaan kulit siang dan malam dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance. Cuma perlu mengikuti langkah ringkas ini:

Langkah 1

Membersihkan muka dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Reveal Creamy Cleanser yang berfungsi menghilangkan kekusaman dan mendedahkan kulit yang cerah dan berseri.

Langkah 2

Eksfoliasi 2 hingga 3 kali seminggu menggunakan Cetaphil Gentle Renewing Cleanser. Pencuci muka 3 dalam 1 yang mengeksfoliasikan, menyingkirkan kotoran dan mencerahkan.

Langkah 3

Aplikasikan Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner yang mencerah dan menghidrasikan kulit setiap kali penggunaan.

cetaphil bhr bahan

Langkah 4

Rawat dan sasarkan masalah bintik gelap dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7X kelebihan untuk kulit cerah dan berseri dengan hasil yang kelihatan sepantas 14 hari.

Langkah 5 (Siang)

Lindungi  kulit dari cahaya matahari yang merosakkan kulit dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance Day Protection Cream SPF 15 di samping mencerahkan kulit.

Langkah 5 (Malam)

Untuk waktu malam pula, rawat kulit dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream yang mengurangkan bintik gelap sambil menghidrat secara intensif semalaman.

Aktiviti menarik di Sunway Pyramid, siap ada sample percuma!

Dengan kerjasama Watsons, Roadshow Cetaphil Bright Healthy Radiance Power of 7 akan berlangsung pada 14 hingga 18 Jun 2023, di Orange Atrium, Sunway Pyramid dan menampilkan Duo Hebat baharu dari Cetaphil Bright Healthy Radiance!

cetaphil bhr

Dari 14 hingga 18 Jun, jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti menarik disediakan seperti:

-Dapatkan sampel PERCUMA daripada Cetaphil Bright Healthy Radiance

-Dapatkan diskaun eksklusif dan promosi daripada Watsons

-Meneroka 7 Stesen Kulit Imersif

-Bertemu dengan peminat dan pakar penjagaan kulit Malaysia yang menggunakan Cetaphil seperti pakar Dermatologi Dr Liyana, Lizz Chloe, Michie Lam, Elfira Loy dan lain-lain!

-Terdapat 7 Zon Eksperiansial boleh dilawati untuk menikmati pengalaman imersif 7x Kelebihan daripada Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dan Gentle Renewing Cleanser BAHARU!

Untuk korang yang tak berkesempatan, boleh tebus sampel percuma di sini: www.cetaphilbhrpowerofseven.com. Jumpa di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...