“Bahagianya Hidup Seorang Scammer” – Bagi ‘Hint’ Bakal Berkahwin, Individu Tuntut Kim Seri Bayar Hutang Dulu

Trending

“Bahagianya Hidup Seorang Scammer” – Bagi ‘Hint’ Bakal Berkahwin, Individu Tuntut Kim Seri Bayar Hutang Dulu

Menerusi Instagram story, pempengaruh yang kini menetap di Korea, Kim Seri memberi bayangan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Korea.

Perkara itu mendapat perhatian salah seorang individu yang menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan Kim Seri sebelum ini yang menuntutnya agar tidak lupa untuk melunaskan hutang kepada orang yang tertipu dengannya.

Advertisement

Scammer duit saya dah nak kahwin Tapi hutang dia belum bayar balik 1 sen pun. Duit tu dia dapat hasil dari menipu saya. So dia kena bayar balik walau macam mana pun.

Kim Seri

Tambah individu itu, sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu, Kim Seri tetap perlu membayar hutang tersebut kepada anak dan suaminya.

Selagi dia tak bayar saya tak halalkan 1 sen pun sampai akhirat nanti. Bahagianya hidup seorang scammer yang menipu duit orang berjuta-juta.

 

View on Threads

 

Hantaran tersebut menunjukkan foto Kim Seri dan jejaka yang berjaya menambat hatinya itu dan dia sempat meminta cadangan pengikutnya tentang hashtag yang boleh digunakan untuk perkahwinannya nanti.

Kim Seri turut menjawab dakwaan orang bahawa dia ‘menggatal’ dan menegaskan bahawa dia berkawan dengan individu yang bukan berstatus suami orang serta akui menjalinkan hubungan matang.

Saya tak menggatal dengan laki orang.Dia bujang dan saya pun bukan milik sesiapa. We are dating to marry, doakan.

Kim Seri bagi hint akan kahwin

3 weeks ago

Kini 'Happy' Bercinta, Netizen Berang Kim Seri Terlalu Tenang Walaupun Hutang Keliling Pinggang - "Langsung Tak Ada Rasa Bersalah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...