Meniti hari bahagia mereka yang bakal berlangsung pada Januari depan, baru-baru ini pelakon Elfira Loy dan tunangnya. Faris K Anuar sempat bercuti bersama ke Tianjin, China.
Tidak hanya bercuti berdua sahaja, ia turut disertai oleh pengapit pihak perempuan dan lelaki, ‘bridesmaids’ dan ‘dulang boys’.
Mereka cukup seronok sekali meluangkan masa bersama dan mengabdikan momen indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Rata-rata netizen juga tidak henti memuji betapa sepadannya pasangan ini dan mendoakan agar mereka sentiasa bahagia.
Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dalam sebuah majlis tertutup dan dijangka bakal berkahwin pada 1 Januari 2019.