Bahagian “Fidget Spinner” Terlekat Di Kerongkong, Kanak-Kanak 10 Tahun Hampir Maut.

Trending

Bahagian “Fidget Spinner” Terlekat Di Kerongkong, Kanak-Kanak 10 Tahun Hampir Maut.

Seorang ibu berdepan detik cemas selepas anak perempuannya yang berusia 10 tahun hampir maut akibat tercekik bahagian dari gajet ‘fidget spinner’ dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan objek terbabit.

Advertisement

Laporan CNN melaporkan, Kelly Rose Jonies berkongsi kejadian itu di Facebook memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan gajet yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

Kelly berkata, ketika kejadian, dia dan anak perempuannya, Britton, dalam perjalanan ke rumah sebelum dia terdengar anaknya itu tercekik di tempat duduk belakang.

Dia mendapati anak perempuannya itu tertelan salah satu daripada gelung besi pada “fidget spinner” dan cuba mengeluarkan alatan itu dari mulut anaknya.

Kelly kemudian menggegaskan anaknya itu ke klinik berdekatan.

Sesampainya di hospital, doktor tidak berjaya mengenalpasti dimana objek itu terperangkap sehingga kanak-kanak itu terpaksa dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Texas bagi ujian imbasan Xray.

Hasil ujian imbasan mendapati logam bulat itu tersekat pada kerongkong kanak-kanak terbabit.

“Britton dibawa untuk pembedahan endoscopi bagi mengesan dan mengeluarkan objek terbabit (bearing).

“Mujurlah, hasilnya positif tetapi saya berasa agak bimbang akan keadaanya bukan sahaja kebimbangan mengenai komposisi dan struktur objek serta risiko anestesia,” katanya

Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu CNN, tumpuan utama mereka kini adalah memberi perhatian dan tumpuan kepada kanak-kanak itu dan memastikan dia terus menjalani kehidupan yang sihat.

Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Britton.

Kredit : Today.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...