“Bahagia Tak Kekal Lama, Secure Diri Kita” – Individu Nasihat Wanita Berkahwin Jangan Berhenti Kerja, Wajib Ada ‘Income’ Sendiri

Kehidupan

“Bahagia Tak Kekal Lama, Secure Diri Kita” – Individu Nasihat Wanita Berkahwin Jangan Berhenti Kerja, Wajib Ada ‘Income’ Sendiri

Untuk info, sekarang ini ada satu drama yang berjudul Wanita Syurga menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi di kalangan kaum wanita kerana drama itu banyak memberi maksud tersirat di sebalik lakonan para aktor dan aktres.

Wanita jangan berhenti kerja

Melalui platform Facebook, seorang individu memberi nasihat buat kaum hawa untuk tidak berhenti kerja hanya kerana sudah mendirikan rumah tangga dan berharap pada suami.

Advertisement

Katanya, biarpun suami mempunyai sifat penyayang, seorang wanita ‘wajib’ mempunyai pekerjaan demi masa depan dan tidak menyesal jika ada sebarang hal yang berlaku di masa akan datang seperti watak yang dilakonkan oleh Siti Khadijah dalam drama Wanita Syurga itu.

Tak sama seperti zaman dahulu

Dalam pada itu, individu tersebut berkata zaman dulu tidak sama seperti zaman sekarang, di mana dulu kaum suami rajin bercucuk tanam demi mencari rezeki buat keluarga dan kaum isteri kebanyakannya menjadi suri rumah menjaga rumah serta kelengkapan keluarga.

Bahagia takkan kekal lama.. secure diri kita dengan aset dan simpanan.

Individu yang bernama Anis itu juga meminta kaum wanita menjadikan drama Wanita Syurga sebagai pengajaran dan ‘buka mata’ agar tidak mempunyai nasib yang sama.

lelaki itu
8 months ago

"I Nak Anak Ni, Dia Tak Salah" - Perkahwinan Sumbang Mahram & Hamil! Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...