Bahagia Dengan Kerjaya Sekarang, KJ Akui Belum Rasa Mahu Kembali Ke Dunia Politik – “Kalau Ada Tawaran Berlakon Filem…”

Trending

Bahagia Dengan Kerjaya Sekarang, KJ Akui Belum Rasa Mahu Kembali Ke Dunia Politik – “Kalau Ada Tawaran Berlakon Filem…”

Seperti yang ramai tahu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini bukan sahaja merupakan penyampai radio tetapi juga sudah menjadi model.

Khairy atau mesra dipanggil KJ pada tahun ini menjadi duta bagi jenama popular baju Melayu, Elrah Exclusive dan akuinya dia bahagia dengan kerjayanya sekarang.

Advertisement

 

Tiada keperluan jadi ahli politik

Bukan itu sahaja, KJ turut berkata ketika ini dia berasa tiada keperluannya untuknya kembali aktif menjadi ahli politik seperti dulu.

Tak tahu lagi tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang. Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

 

Tak tolak jika ada rezeki berlakon

Sebelum ini, KJ menjadi bualan hangat masyarakat selepas dia berubah daripada dunia politik ke industri hiburan menjadi penyampai radio, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya pula.

Ketika ditemu bual baru-baru ini, KJ turut berkata dia tidak menolak jika ada rezeki suatu hari nanti untuk menjadi seorang pelakon juga.

Kalau ada rezeki tawaran berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah.

KJ
9 months ago

Khairy Jamaluddin Akui Tak Rindu Jadi Menteri, Teringin Berlakon Pula - "Cuba 'Recommend' Watak Apa Sesuai?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...