Seperti yang ramai tahu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini bukan sahaja merupakan penyampai radio tetapi juga sudah menjadi model.
Khairy atau mesra dipanggil KJ pada tahun ini menjadi duta bagi jenama popular baju Melayu, Elrah Exclusive dan akuinya dia bahagia dengan kerjayanya sekarang.
Tiada keperluan jadi ahli politik
Bukan itu sahaja, KJ turut berkata ketika ini dia berasa tiada keperluannya untuknya kembali aktif menjadi ahli politik seperti dulu.
Tak tahu lagi tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang. Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.
View this post on Instagram
Tak tolak jika ada rezeki berlakon
Sebelum ini, KJ menjadi bualan hangat masyarakat selepas dia berubah daripada dunia politik ke industri hiburan menjadi penyampai radio, podcaster dan kini sibuk dengan kempen raya pula.
Ketika ditemu bual baru-baru ini, KJ turut berkata dia tidak menolak jika ada rezeki suatu hari nanti untuk menjadi seorang pelakon juga.
Kalau ada rezeki tawaran berlakon filem dan sebagainya, insyaAllah.