Sebelum ini, kakak kepada pelakon, Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar memuji masakan sambal sotong tumis air tangan adiknya.
Bukan itu sahaja, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin turut mendapat pujian daripada Wiwie Darvienda Mazweena selepas menjamu Taufu Fa yang dibuat olehnya.
Tidak menafikan perkara tersebut, Yasmin memaklumkan adiknya itu semakin handal memasak selepas mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Syamsul Yusof.
Benar, Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia.
Malah, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu berkata dia memberi pujian kepada Ira sebagai pembakar semangat untuk dia terus mengasah bakat memasak di dapur.
Saya dan dia malah adik beradik yang lain bukan yang pandai masak sangat pun sebelum ini.
Saya puji dia tentang itu, untuk beri dia semangat juga.
Dalam pada itu, Yasmin menganggap perkara tersebut merupakan satu perkembangan yang baik untuk Ira selepas dia bergelar isteri.
Terdahulu, kakak kepada pelakon itu mengakui terkejut dan tidak menyangka adiknya mampu masak makanan yang sedap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.