Sejak mengumumkan bahawa mereka sedang bercinta, pasangan peserta Gegar Vaganza musim ke-9 iaitu Tom dan Fuad sering menerima kutukan dan kecaman daripada warganet.
Baru-baru ini, sekali lagi mereka menjadi tumpuan ramai setelah tular video memaparkan pasangan yang sedang hangat bercinta itu menari sakan di dalam kereta dengan lampu seperti di disko.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok itu, dia seakan-akan memerli pasangan berkenaan yang menari seperti di dalam kelab malam.
Sememangnya video berkenaan mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen dan rata-rata berkata, Tom serta Fuad memang sekufu kerana masing-masing mempunyai perangai teruk.
Sebelum ini, kecoh ramai yang mendakwa Tom merupakan penyebab rumah tangga Fuad bersama isteri musnah, namun hal itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh penyanyi lelaki tersebut dan memberitahu Tom banyak membantunya dari mengambil dadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.