Sekali bila sebut perkara yang salah, pasti akan terus diperkatakan ramai. Itulah yang berlaku kepada Janna Nick ketika mengendalikan program hiburan Melodi semalam.
Janna tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kekilafannya yang terlanjur kata ketika mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Dia tersalah menggunakan perkataan iaitu “Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti coronavirus ni” yang telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Masih lagi baru dalam dunia pengacaraan, Janna mengakui dia menggunakan perkataan tidak sesuai sehingga penonton salah tafsir tentang maksud sebenar yang cuba disampaikan.
Minta maaf, saya orang baru dalam pengacaraan. Ayat yang patut diubah adalah perkataan ‘bagus’ itu.
Sepatutnya (guna perkataan) ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena COVID-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awareness bahaya virus ini. Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan
Dalam pada itu, selepas insiden berkenaan, pengacara bersama iaitu Awal Ashaari mengakui Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton.
Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini. Itu maksudnya. Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ini.
Biasalah, bila mengacara program secara langsung, ada kalanya akan buat silap. Janna pun sudah minta maaf dan harapnya tiada lagi pihak mengkritiknya.
Nora Jones
April 13, 2020 at 11:41 pm
It’s ok .learn from your mistake. In future sila berhatihati dengan perkataan yg hendak di keluarkan..sebagai public figure setiap tutur kata di perihatikan. All the best.
Elliza Razak
April 13, 2020 at 6:53 pm
PERANGAI MENYERUPAI BETINA JALANG
doraemon
April 14, 2020 at 9:27 am
dia tersalah guna ayat la.. tapi faham maksud yg nak disampaikan.. pasni kne lbh hati2 la buat ayat bila bcakap.. lagi2 on air gitu.. sorikan dia ye.. jangn la jalang2kan dia.. sian dia..
tapi kalau dah 3 4 kali tak ubah2 cara buat ayat, nnt kita fikirkan apa pkataan yg lbh sesuai ye..
chill…
Corona
April 13, 2020 at 11:54 am
Aku boleh nampak betapa awal xde chemistry dgn janna and mcm awkward gila. Hmmm. Maybe not a good duo?
BAJU RAYA 2020
April 13, 2020 at 10:36 am
maybe dia salah articulate tu..its ok Janna..lagipun dia dah minta maaf dah