Personaliti TV Daphne Iking sebelum ini mengumumkan bahawa dirinya sudah mula untuk menutup aurat sikit demi sedikit.
Malah, suaminya, Azmi Abdul Rahman turut memberi sokongan penuh buat Daphne untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Terbaru, satu hantaran berbaur luahan hati daripada Azmi telah mencuri perhatian warga maya gara-gara kecaman yang diterima Daphne gara-gara keputusannya itu.
Kebelakangan ini, Daphne Iking ada menerima DM daripada orang bodoh yang mahu berhenti daripada mengikutinya kerana sekarang ini dia telah berpakaian berbeza.
Bagus! Bukan boleh bawa dalam kubur pun banyak followers!
Tambahnya lagi, dia sudah menyekat akaun-akaun individu berkenaan yang merasakan diri terlalu ‘besar’ sehingga mampu menyakiti hati orang lain dengan komen-komen hinaan.
Tegas Azmi, walau apa jua cara isterinya itu berpakaian, Daphne merupakan seorang individu yang memiliki hati yang baik dan sopan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.