Terbaharu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tidak menyekat program kebudayaan Jepun iaitu Festival Bon Odori yang akan berlangsung di Shah Alam pada tarikh 16 Julai nanti.
Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah JAIS iaitu Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook JAIS.
Dalam hantaran yang sama, Shahzihan turut berkata baginda mempunyai pendirian bahawa banyak budaya ada berkaitan dengan agama, namun tidak semua agama ada kaitan dengan budaya.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak berkenan apa-apa keputusan atau ketetapan tentang perkara seumpana ini disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.
Dalam pada itu, Shahzihan yang juga telah pergi menghadap Sultan di Istana Bukit Kayangan petang, semalam berkata, baginda titah agar pegawai JAIS dan Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) turut menghadirkan diri ke festival berkenaan.
Tambahan lagi, baginda juga berkata pernah menghadiri majlis terbabit beberapa tahun yang lalu dan percaya tidak ada sebarang perkara yang mampu untuk merosakkan akidah umat Islam.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.