“Bagilah Peluang…Yang Tak Berminat Tak Apa, Duduk Tepi” – Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Respon Abby Abadi

Hiburan

“Bagilah Peluang…Yang Tak Berminat Tak Apa, Duduk Tepi” – Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Respon Abby Abadi

Pelakon dan ahli kumpulan Elite, Abby Abadi menerusi hantaran di Instagram meminta agar orang ramai memberikan mereka peluang untuk mengadakan konsert sulung Elite.

Hantaran itu meraih perhatian kerana ia dipercayai ditulis selepas harga tiket konsert Elite menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Advertisement

Konsert nanti sekadar ingin memeriahkan industri & mengembalikan kenangan pertengahan 90an. Yang tak berminat takpe. Duduk tepi.

Tambah Abby, ramai rakan-rakan dan peminat lain yang sudah tidak sabar untuk membeli tiket, dress up untuk konsert dan tidak sabar untuk mengembalikan nostalgia zaman remaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Sejak semalam, ramai membahaskan tentang harga tiket konsert mereka yang bakal berlangsung September depan di mana netizen berpendapat ia mahal untuk kumpulan yang sudah lama tidak membuat persembahan berskala besar.

Segelintir netizen turut membandingkan harga tiket Elite itu dengan harga tiket konsert selebriti terkenal tanah air yang lain.

7 hours ago

Paling Murah RM268, Netizen Kata Harga Tiket Konsert Elite Mahal Sangat - "Dah Lama Sendu, Boleh Nyanyi Lagi Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...