“Bagi Tengok Gambar Dulu Sebelum Mat*, Manalah Tahu..” – Abang Kongsi Adik Pernah Beri ‘Bayangan’ Sebelum Tragedi FRU

Kehidupan

“Bagi Tengok Gambar Dulu Sebelum Mat*, Manalah Tahu..” – Abang Kongsi Adik Pernah Beri ‘Bayangan’ Sebelum Tragedi FRU

Abang kepada salah seorang mangsa nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Teluk Intan, Perak semalam tampil berkongsi kenangan bersama adiknya susulan kes menyayat hati itu.

Ditemui media, Noress Pandak, 40, abang kepada Nurit AK Pandak mengakui masih terkejut dengan berita nahas tersebut dan tidak percaya adiknya sudah pergi selamanya.

Advertisement

Ini bukan kali pertama dia kemalangan jalan raya, sudah berulang kali cuma kali ini takdirnya dia tidak kembali.

Kini saya hanya mampu mengenang kebaikannya tanpa sempat membalasnya.

Kongsi Noress, Nurit pernah kelihangan anak akibat komplikasi jantung dan hanya sempat menjaganya selama dua tahun.

anggota FRU terkorban

Pemergian Nurit pada hari ini memberi kesedihan yang teramat sangat kepada kami sekeluarga.

Malah, Nurit juga pernah memuat naik hantaran akan pergi buat selamanya, lengkap memakai seragam baju uniform FRU.

nurit beri bayangan

Menganggap adiknya itu sebagai seorang yang ringan tulang dan taat kepada keluarga, Noress memaklumkan jenazah Nurit akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampar, Perak.

Mengimbas kembali, sebuah lori trak FRU dari Unit 5 yang membawa 18 orang anggota bertembung dengan lori yang membawa muatan batu.

9 anggota dilaporkan meninggal dunia manakala selebihnya masih menerima rawatan di hospital.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tragedi FRU Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990
18 hours ago

Tragedi FRU Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...