“Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah..” – Safee Sali Mengakui Sudah Bernikah, Berhasrat Ingin Mula Hidup Baru

Kehidupan

“Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah..” – Safee Sali Mengakui Sudah Bernikah, Berhasrat Ingin Mula Hidup Baru

Terkini, bekas pemain bola sepak terkenal, Safee Sali mengakui sudah pun mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama isterinya itu.

Tidak salah berkahwin

Menurut Safee, dia berpendapat pernikahannya itu tidak salah dan ia sah serta menepati syarak. Disebabkan itu, bekas pemain bola sepak ini ingin memulakan lembar baru dalam hidupnya dan meninggalkan kisah silam.

Advertisement

Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.

 

Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan.

Anak bawah jagaan

Selain itu, Safee juga berkata dia ingin menyelesaikan isu rumah tangganya itu dengan sebaik mungkin dan cuba muhasabah diri. Pada masa yang sama, bekas penyerang JDT ini turut mendedahkan anak-anaknya dalam keadaan yang baik di bawah penjagaannya.

Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku.

 

Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh.

 

Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan.

safee sali

Sekadar info, Safee Sali telah sah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Fitria Elfina pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah.

Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah.

9 months ago

"Setahun Saya Bertahan Dan Didera Mental.." - Dilafaz Cerai Melalui 'Voice Note', Isteri Safee Sali Dedah Cerita Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...