Baru-baru ini, seorang pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya berkongsikan pengalamannya melahirkan anak sulung secara pembezahan (czer) yang disifatkan jauh lebih mudah berbanding yang difikir ramai.
Bersalin czer tak sesakit yang dibayangkan
Kata Shaniena dalam video yang dimuat naik, melahirkan secara czer tidak sesakit seperti yang diceritakan oleh kaum ibu-ibu sebelum ini.
Czer akan rasa sakit kalau mindset kita tak cukup kuat. Beranak normal atau czer, dua-dua sakit. Tapi macam saya Alhamdulillah, hari pertama lepas pembedahan, saya dah boleh berjalan macam biasa.
@shanienanatasyaaa Replying to @myzza90 ♬ original sound – Shaniena Natasya
Menggambarkan rasa sakit bersalin secara pembedahan, wanita itu berkata sakit tekak dan demam (kebas badan) jauh lebih berbanding czer.
Demam & sakit tekak lagi sakit berbanding czer
Kalau sakit czer saya nilai 3 daripada 10, tak sakit. Kalau tanya saya apa lebih sakit daripada czer, bagi saya sakit tekak dan demam (kebas badan), lagi teruk dari sakit czer.
Katanya lagi, susulan mengamalkan gaya hidup yang aktif sewaktu kehamilan, ia mungkin menjadi faktor utama proses bersalinnya sangat mudah serta pemulihan selepas bersalin pun cepat.
Tapi saya nak beritahu korang, kalau czer korang tak perlu risau. Jangan takut, ia tak seteruk apa yang orang katakan. Korang jangan dengar sangat cakap orang.