Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof memaklumkan dia enggan mengambil maklum mengenai gosip yang bertebaran kini mengenai anak sulungnya, pengarah Syamsul Yusof.
Tular sebelum ini mengenai desas desus yang mengatakan Syamsul sudah pun berpisah dengan isteri, Ira Kazar.
Menemui media, Datin Patimah hanya menganggap pelakon Puteri Sarah sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinannya dengan Syamsul sebelum ini.
Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.
Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen.
Sementara itu, isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam juga enggan memanjangkan kenyataan suaminya sebelum ini mengenai Syamsul yang sudah lama tidak pulang ke rumah berjumpa mereka berdua.
Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini.
Sebelum ini, pengarah itu dilihat mengalirkan air mata ketika ditemu bual media kerana mengenangkan anak sulungnya itu yang sudah lama tidak menziarahi dia dan isteri.
Malah, Datuk Yusof Haslam juga mengingatkan anaknya agar tidak menunggu mereka untuk ‘pergi dahulu’ barulah dia mahu mencari mereka berdua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: Bekas Madu Aktres Popular Dah Diceraikan Melalui Whatsapp Oleh Suami Bergelar Pengarah Terkenal?