“Bagi Saya Itu Biasa Saja” – Liana Rosli ‘Back Up’ Pakaian Anak-Anak, Akui Memang Suka ‘Viral’

Kehidupan

“Bagi Saya Itu Biasa Saja” – Liana Rosli ‘Back Up’ Pakaian Anak-Anak, Akui Memang Suka ‘Viral’

Sering dikecam gara-gara berpakaian seksi dengan kisah anak-anaknya, usahawan Liana Rosli sememangnya menjadi bualan dan bahan kecaman netizen.

Baru-baru ini, Liana yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu dikecam gara-gara membiarkan anak-anak berpakaian menjolok mata ketika majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke-20.

Advertisement

Ditemui mStar, Liana berkata gaun putih yang dipakai anak sulungnya itu tidaklah keterlaluan seperti diperkatakan netizen.

Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tapi anak pula tak pakai.

Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap.

Tambah wanita itu lagi, tindakan netizen yang sering mencari salah dia dan ahli keluarganya telah sedikit sebanyak membantu memajukan lagi perniagaannya.

@sweetdara_stokiskmbeauty

? Beautiful In White – Shane Filan

“Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral. Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Liana Rosli anak anak
2 years ago

"Tersembul Sana Sini" - Sambut Anniversary Ke-20, Netizen Kecam Pemakaian Anak Perempuan Liana Rosli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...