Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bagi Saya, Duit Adalah Segalanya..” – Janna Nick Masih Simpan Hasrat Untuk Sambung Belajar

Pelakon drama Marry Me Senorita, Janna Nick mendedahkan dia pernah melanjutkan pelajaran di Universiti namun terhenti di tengah jalan.

Janna NickSumber : Instagram Janna Nick  

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberitahu bahawa dia berhenti belajar kerana terpaksa mencari duit untuk menyara diri dan keluarga memandangkan dia bukanlah berasal dari keluarga yang senang.

Advertisement

Meskipun begitu, ujar Janna, jauh di sudut hatinya dia masih menyimpan hasrat untuk menyambung kembali pelajarannya suatu hari nanti.

Mengakui dirinya ‘mementingkan’ duit pada ketika itu, Janna berkata pada ketika itu dia perlu menyelesaikan banyak perkara yang melibatkan wang ringgit.

IG Janna NickSumber : Instagram Janna Nick  

“Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, my goals dan impian saya. Sambung belajar adalah salah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat.”

Pengacara program hiburan Melodi itu dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi sesi soal jawab ‘Ask Me Question’ di Instagram miliknya, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Difahamkan, seorang peminat telah tampil bertanyakan soalan kepada Janna iaitu mengapa dia tidak menyambung pelajaran kerana keputusan peperiksaan pelakon itu agak cemerlang dan memberansangkan.

Pelakon wanita tersebut turut berseloroh dengan mengatakan bahawa kekasihnya, Dini Schatzmann juga menggelarkan dirinya sebagai ‘mata duitan’.

SUMBER : Instagram Janna Nick
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama