“Bagi Saya Anak Itu Beban” – ‘Infuencer’ Dakwa Wanita Boleh Kekal Awet Muda Kalau Tak Ada Anak

Trending

“Bagi Saya Anak Itu Beban” – ‘Infuencer’ Dakwa Wanita Boleh Kekal Awet Muda Kalau Tak Ada Anak

Seorang pempengaruh media sosial berasal dari Indonesia dikenali sebagai Gita Savitri telah menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi pendapat mengenai wanita.

Menurutnya, wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk tidak memiliki anak akan menjadi kekal awet muda.

Advertisement

Jelasnya lagi, mereka tidak perlu menjadi seperti ibu dalam rumah tangga lain dan akan mendapat tidur yang cukup memandangkan mereka tidak perlu tertekan dengan tangisan anak.

Kenyataan itu dikongsikan oleh Gita selepas membalas komen seorang pengikut yang bertanyakan mengenai bagaimana untuk menjadi kekal awet muda sepertinya.

Influencer berusia 30 tahun itu kemudiannya membalas dengan menyatakan tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk kekal awet muda.

Kita boleh tidur 8 jam sehari dan tak tertekan dengar jeritan anak. Kalau muka berkedut, kita ada duit nak buat botoks.

Bukan itu sahaja, Gita turut menyifatkan kehadiran anak sebagai satu beban bagi dirinya dan menganggap tidak ada salahnya jika seseoang itu tidak mahukan anak.

Bagi saya, anak itu beban, sebab itu saya tak nak ada anak.

Bagaimanapun, kenyataan pempengaruh itu telah mengundang kemarahan netizen Indonesia kerana menganggap dia seolah-olah menyindir wanita yang sudah berkahwin dan menjadi ibu.

Malah, netizen turut menyifatkan Gita sebagai seorang yang sombong dengan pemberian Tuhan memandangkan anak merupakan anugerah Illahi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Netizen Kecam Individu Komen Berkaitan Hubungan Intim & Hina Fizikal 'Influencer' - "Takyah Fikir Bukan Bukan!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...