Terkenal dengan sifat prihatin dan dermawannya, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil mengulurkan bantuan kepada keluarga susah yang terdiri daripada lapan adik beradik.
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Ebit dilihat hadir menyalurkan bantuan kepada mereka sekeluarga. Tidak ketinggalan, beliau yang popular dengan sikap pemurah itu khabarnya telah menyewa satu rumah baru bagi keluarga ini dan membayar sewa tersebut setiap bulan.
Rentetan kejadian, Ebit dikatakan bakal mendaftarkan dua anak lelaki dalam keluarga tersebut untuk memasuki pengajian madrasah.
Untuk rekod, posting tersebut telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dan ribuan komen yang memuji tindakannya di laman Instagram.
Terdahulu, tular kisah kesusahan lapan beradik ini di sosial media, secara tidak langsung ia meraih perhatian ramai pihak dan tidak terlepas mendapat bantuan daripada sekumpulan anak muda.