Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bagi Nafkah Dalam Bentuk Jambangan Bunga, Achey Beri Kejutan Istimewa Buat Isteri Tercinta

Achey

Pelawak terkenal, Achey daripada kumpulan Bocey baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia membuat sedikit kelainan ketika memberi wang nafkah kepada isterinya, Nor Hasanah dengan cara yang romantik.

Achey BoceySumber : Instagram Achey  

Sekadar menghargai dan menggembirakan hati isteri tersayang, Achey berkongsikan video tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosial miliknya.

Advertisement

Dalam video tersebut, Achey telah memberikan sebuah jambangan bunga untuk isterinya berserta nafkah bulanan dengan mesej berbunyi ‘To My Love : Nafkah’.

Turut menulis sedikit ucapan di ruangan kapsyen hantarannya itu, Achey berkata isteri merupakan pinjaman Allah dan perlulah dijaga sebaik mungkin.

“Tak ada apa pun..hanya nak kongsi. Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya. Isteri dipinjamkan Allah untuk kita di dunia..Dia hak Allah..Maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ini..”

Advertisement

Reaksi Nor Hasanah juga kelihatan terkejut dan gembira apabila menerima tuntutan tanggungjawab daripada Achey itu.

Perkembangan lain, Achey kini sedang berentap bersama kumpulan Mashuk dalam Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-2.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. brunes

    March 9, 2021 at 9:47 am

    hmm ok.. #donekomen

Loading...
To Top