Memetik laporan Berita Harian, ibu bapa memohon agar diberikan pelonggaran buat anak-anak mereka menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, Thailand bagi memudahkan perjalanan ke sekolah.
Penutupan pangkalan haram Sungai Golok menyusahkan
Difahamkan, ibu bapa mendakwa kebanyakan anak mereka di Sungai Golok bersekolah di Malaysia, malah ada juga anak mereka dari Malaysia sekolah di Thailand, jadi ia sememangnya menyusahkan jika pangkalan haram itu ditutup.
Kata salah seorang penduduk, Ishak Ghazali, dia bersetuju pangkalan haram itu ditutup buat individu lain tetapi tidak buat pelajar sekolah buat kedua-dua negara tersebut.
Jika pangkalan haram di Sungai Golok ditutup, bagaimana anak-anak nak pergi ke sekolah. Jika nak melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), sudah tentu akan sampai lewat ke sekolah.
Akan melambatkan pelajar pergi ke sekolah
Menurutnya lagi, sudah pasti akan berlaku beberapa masalah jika pangkalan haram itu ditutup dari digunakan oleh pelajar sekolah.
Jika pihak berkuasa mahu pelajar turut melalui ICQS, ianya perlu diperkemaskan di kedua-dua negara supaya proses lebih cepat memandangkan pelajar perlu sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
Semalam, pihak polis Kelantan memaklumkan mereka akan menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bagi merentasi Malaysia-Thailand dan ia akan mula dikuat kuasa pada 1 Disember nanti.