Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari 2025 telah ditunda pada Julai depan atas faktor memikirkan musibah banjir yang melanda negara.
Perkara itu telah disahkan oleh pihak penganjur iaitu Showtag Asia menerusi sebuah hantaran di Instagram milik pengajur itu yang menyifatkan penundaan konsert ini sebagai menghormati mangsa banjir yang terjejas di beberapa buah negeri.
Showtag Asia ingin memaklumkan bahawa Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2025 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, terpaksa ditunda ke Julai 2025.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa, khususnya bagi menghormati para peminat dari negeri-negeri yang terkesan akibat bencana banjir.
Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini, dan atas dasar keprihatinan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan semua pihak, konsert ini diputuskan untuk ditangguhkan.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, penundaan ini dilihat secara positif dalam masa yang sama dapat memberi ruang kepada pihak penganjur untuk membuat persiapa yang lebih rapi bagi pengalaman yang luar biasa buat peminat.
Susulan itu, pihak penganjur memohon maaf atas keputusan yang dibuat dan menjelaskan tiket yang dibeli peminat masih kekal sah untuk tarikh baharu yang ditetapkan.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penundaan ini, dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta pemahaman anda.
Pada September yang lalu, penyanyi terkenal Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani memaklumkan dia bakal menganjurkan konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur sempena pembabitannya dalam dunia seni selama dua dekad.