“Bagi Menghormati Mangsa Banjir” – Along Exists Cadang Stesen TV Kurangkan Program Hiburan Seketika

Hiburan

“Bagi Menghormati Mangsa Banjir” – Along Exists Cadang Stesen TV Kurangkan Program Hiburan Seketika

Komposer dan anggota kumpulan Exists, Azhrul Nasir atau Along menyarankan agar stesen televisyen di negara ini mengurangkan penayangan program-program berbentuk hiburan.

Mamat Exist
2 years ago

Perlu Kebenaran Keluar Kawasan, Mamat Exist Masih Dipantau Pihak AADK

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Along menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Rasanya program hiburan boleh dikurangkan atau ditunda dekat TV tu bagi menghormati mangsa banjir seluruh negara.

Menurut Along, dia kasihan apabila melihat ada mangsa yang tidur dalam kereta, masjid, tepi jalan dan ada yang dihalau dari kompleks beli belah.

Along turut memberitahu bahawa kejadian banjir kilat yang melanda negara dilihat sudah seperti tsunami dan adakah bila tsunami betul-betul melanda baru hendak kurangkan program hiburan.

Along Exists

Cadangan Along tersebut turut disambut baik netizen yang rata-rata bersetuju bahawa program hiburan dikurangkan buat sementara waktu.

Ramai juga yang mencadangkan agar pihak stesen penyiaran menyiarkan bacaan Al-Quran dalam tempoh kritikal ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...