“Bagi La Elok-Elok..” – Lempar Makanan Kepada Suku Bajau Laut, Zoey Rahman Ditegur Netizen

Hiburan

“Bagi La Elok-Elok..” – Lempar Makanan Kepada Suku Bajau Laut, Zoey Rahman Ditegur Netizen

Pelakon dan pengacara tampan, Zoey Rahman telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini memaparkan percutiannya ke Semporna, Sabah bagi melawati suku kaum Bajau Laut.

Menerusi video tersebut, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar bin Abdul Rahman dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memikirkan nasib suku bajau laut yang terpaksa berebut untuk mendapatkan makanan.

Advertisement

Malah, usahawan Mika Series itu turut berkongsi momen sedih apabila makanan yang dibawa tidak mencukupi sehingga membuatkan seorang warga tua yang datang tidak dapat makanan tersebut.

Saya nampak ibu ni, meminta makanan. Minta maaf sangat-sangat, tak dapat bagi apa-apa pada ibu, sebab semua dah habis.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara Zoey mengagihkan makanan tersebut dengan mencampak makanan kepada mereka.

@zoeyrahman

Semoga ibu2 suku #bajaulaut sentiasa diberi kesihatan & kebahagian. Amin ??? #fyp #fyp? #belijiwa #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #bajau #mabul

? Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur tindakan usahawan itu mencampakkan makanan dan meminta untuk memberi dengan cara baik kerana makanan merupakan rezeki.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Zoey memohon maaf atas tindakan tidak sopan itu dan menjelaskan bahawa dia tidak ada niat untuk melemparkan makanan.

Nampak tak sopan, tak ada adab tapi kami terpaksa buat macam tu, kalau tak lempar yang belakang tu tak akan dapat, Kalau bagi satu-satu nanti diorang akan naik atas bot.

Jelasnya lagi, dia terpaksa berbuat demikian demi menjaga keselamatan dan meminta orang ramai untuk memahami keadaan disana yang disifatkan sebagai ‘situasi darurat’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pramugari MAS diberhentikan sebab Azfar Heri
3 bulan lalu

"Sebab Kau Kerjaya Orang Terjejas!" - Pramugari Hadiahkan Kacang Pada Azfar Hari Kena Tindakan Tatatertib?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    September 8, 2022 at 2:34 pm

    homo bottom nih dah sendu layu tu la yang buat onar tu nak kan attention bakat so so harap muka jambu plastik kau tu je lah yang ado

  2. Anonymous

    September 8, 2022 at 8:56 am

    tidak adanya mereka kebuluran, mereka tinggal di laut dalam perahu, biasa makan makanan laut.
    sebab orang-orang yang datang begini yang bagi makanan berperisa mereka jadi begini,
    mereka akan ke darat meminta sedekah untuk untuk beli barang yang bukan2
    kalau orang tempatan makanan begini tidak akan dibagi caranay suruh mereka cari siput, udang, ikan dan hidupan laut lain kemudian beli atau tukar dengan ubi kayu.
    tak adanay perlu menangis2 terkenang mereka konon kesusahan kebuluran, mereka kebuluran makanan berperisa tiruan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...