Baru-baru ini, pelakon veteran Mak Wan Latah memberitahu bahawa dirinya tidak serik untuk berkahwin sekali lagi biarpun pernah gagal sebelum ini.
Difahamkan dari laporan mStar, pelakon veteran itu mengatakan dia tidak menolak takdir jika bertemu dengan jodoh yang baru.
Bahkan, Mak Wan Latah atau nama sebenar, Halimatussa’diah Mohd Daud mahu mencari calon suami sendiri.
Dalam pada masa yang sama, Mak Wan turut kongsikan kisah rumah tangganya yang hanya bertahan selama 3 bulan itu atas sebab terlalu sibuk bekerja.
Sekadar info, Mak Wan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Husain Dolah pada 22 Januari tahun lalu dan berpisah pada 21 April pada tahun yang sama.