Salah seorang artis yang berjaya pada usia muda, pelakon Janna Nick tidak dinafikan menjadi ‘role model’ masyarakat di luar sana untuk berjaya.
Berkongsi sedutan video dirinya memberikan ceramah motivasi di hadapan para pelajar dan pengalamannya yang bekerja seawal umur 14 tahun, rata-rata memuji perkongsian Janna itu sangat bermanfaat dan diakui cukup membakar semangat.
Bagaimanapun, ada juga perkara lain yang mendapat perhatian netizen. Janna dikritik memakai pakaian terlalu ketat dan dikatakan tidak sesuai dengan majlis tersebut.
Harapnya selepas ini Janna akan lebih berhati-hati dalam berpakaian agar tidak mengundang kritikan dan kecaman. Apa-apa pun, kita lihat sudut positif tentang perkongsian Janna yang benar-benar mampu membakar semangat dan menjadi inspirasi untuk orang ramai, terutama sekali anak muda untuk mencipta kejayaan.

Anonymous
August 9, 2019 at 5:14 pm
Yea btol..org lain kurus slim n ok jgk badan…pki longgar ok je x mcm makcik pon..even umur dah 40an bdn kecik…x nmpk mkcik pon klu pakai longgar…sopan lebih elok..
anon
August 8, 2019 at 8:48 am
dia ni mmg sejenis out adab ..ada satu programa ” can see your voice ” dia nya gelak kat orang macam kera ..macam suara dia sedap sangat ..
dah lah bingit
semak wei dia ni
Hot stuff
August 7, 2019 at 3:16 pm
Teringin nk mkn apam balik
anonymous
August 7, 2019 at 2:24 pm
kembang setalam