“Bagi Belanja Dapur RM100 Sebulan”, Netizen Kecam Suami Merungut Kononnya Isteri Tak Pandai Berjimat

Kehidupan

“Bagi Belanja Dapur RM100 Sebulan”, Netizen Kecam Suami Merungut Kononnya Isteri Tak Pandai Berjimat

Sekarang ini semua benda perlukan duit. Dengan keadaan sekarang perbelanjaan harian pun memang memakan belanja yang tinggi. Baru-baru ini pula, ada seorang lelaki yang merungut isterinya dikatakan tidak pandai berjimat dalam berbelanja.

Tetapi yang mengejutkan netizen, isterinya hanya diberikan RM100 sahaja untuk belanja dapur. Kalau fikirkan dengan keadaan sekarang ni, memang tak cukup.

Advertisement

“Kita bagi duit 100 untuk beli barang dapur sebulan, tak sampai seminggu dah habis. Susah kalau dapat bini yang tak pandai berjimat ni. Makan nak have-have je!”

facebook
beli belah

Dengan keadaan sekarang ni kalau nak beli ayam seekor pun dah berbelas ringgit. Tak tahu lah macam mana nak cukupkan RM100 sebulan tu. Belanja untuk orang bujang pun tak cukup untuk sebulan. Macam mana nak bagi makan satu keluarga dengan RM100 tu?


Advertisement



Tapi nampaknya bukan ini sahaja ‘rungutan’ yang pernah dikongsikan pemilik akaun ini. Rupanya banyak kali juga dia merungut tentang isterinya di laman Facebook.

facebook
facebook
Tak pasti lah sama ada ni akaun palsu ataupun tidak tapi memang geleng kepala juga siapa yang membacanya. Anda rasa memang ada ke suami macam ni agaknya ya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...