Hangat beberapa hari ini mengenai kes penderaan yang didakwa dilakukan oleh pelakon Afiq Muiz terhadap isterinya, Pachara Apin.
Menemui Gempak.com, Pachara mendakwa suaminya itu sering bertindak ganas dengan cara mengasari dan memukulnya sehingga jari manisnya turut patah.
Kata Pachara, dia sering dipukul atas sebab hal-hal yang remeh seperti menegur meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan sebagainya.
Ketika itu saya menegur Afiq meletakkan buah epal dalam peti sejuk dan dia naik angin. Dia terus marah dan mula menampar saya. Tolak kepala saya ke dinding, cekik leher saya dan patahkan jari manis saya.
Jelasnya, dia mengetahui Afiq mempunyai sikap panas baran sebelum mendirikan rumah tangga sekitar tiga tahun yang lalu.
Namun begitu, Afiq memberitahu bahawa dia ‘dirasuk’ ketika memukul Pachara dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi setelah berkahwin.
Ternyata tidak seperti yang dijanjikan, malah keadaan menjadi lebih teruk apabila saya ditumbuk, diterajang hanya kerana perkara kecil.
Dakwa Pachara yang juga seorang model dan pelakon itu, dia pernah membuat laporan polis namun menarik balik kerana kasihankan suaminya.
Disebabkan kasihankan dia saya tarik balik laporan itu. Saya ingatkan bila dia sudah bebas dia akan berterima kasih tapi menuduh saya pula yang memukulnya.
Afiq Muiz sebelum ini memaklumkan di Instagram bahawa dia telah membuat laporan polis di atas tuduhan keganasan rumah tangga seperti dakwaan isterinya.
Sekadar info, Afiq dan Pachara telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019 setelah setahun berkenalan di sebuah set penggambaran drama berjudul Air Mata Syurga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.