Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi respon tentang isu poligami berhubung kes Abang Tesla yang tular sejak beberapa hari lepas dan ini respon aktor itu.
Sharnaaz yang mesra dengan gelaran Mamu itu bersikap terbuka terhadap poligami dan percaya tiada masalah untuk seseorang lelaki berkahwin lebih daripada satu.
Biarlah dia nak kahwin dua. Hampa ni lupa ke itu ada dalam Al Quran. Lelaki boleh kahwin empat, ingat tak benda tu? Bagi aku ok je nak kahwin dua tiga, bagi aku sangat tak ada masalah.
Tambahnya, apatah lagi isteri pertama Abang Tesla itu memberinya keizinan jadi tidak perlulah dijadikan isu yang besar.
Aktor berbadan sasa itu bagaimanapun berkata lelaki perlulah berani untuk mengamalkan poligami kerana perlu membimbing dan menjadi ketua keluarga.
Ayat perempuan akan pakai dekat kita ‘tak sembahyang, puasa’ yang tu memang tak boleh buat apa…kena hadap je apa dia cakap. Tapi kalau hang nak kahwin, dia tak boleh nak cakap apa. Dalam Al Quran pun cakap boleh kahwin empat. Buat pekak telinga.
Sharnaaz juga sempat berseloroh dan berkata lelaki yang masih solo boleh terus membujang agar tidak pening kepala.
Pelakon filem Polis Evo 3 itu juga berkata poligami juga bergantung kepada penerimaan isteri masing-masing.
Kalau perempuan boleh terima, terima.Kalau tak boleh terima, cerai.
@xtra_my ‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai. Simple, jangan complicatedkan hidup’ – Sharnaaz Ahmad #fyp #xtramy #sharnaazahmad #kahwin #4 #poligami #alquran #abgtesla #beritaditiktok #sembangentertainment ? original sound – XTRA