Bagaimanakah ‘Dark Patterns’ Menipu Pengguna Dalam Talian?

Teknologi

Bagaimanakah ‘Dark Patterns’ Menipu Pengguna Dalam Talian?

Apakah itu Dark Patterns?

Dark Patterns merupakan helah yang digunakan di laman web dan aplikasi untuk menarik pengguna membuat atau melakukan sesuatu yang tidak dimaksudkan, contohnya seperti membeli atau mendaftar di laman web tertent

Advertisement

Bagaimanakah Dark Patterns mampu mengelirukan pengguna?

Apabila seseorang menggunakan laman web dan aplikasi, kebiasaanya dia tidak akan membaca setiap perkataan di setiap halaman. Pengguna hanya akan membaca sebahagiannya dan membuat rumusan. Sekiranya sesebuah syarikat ingin menipu pengguna untuk melakukan sesuatu, mereka dapat melakukannya dengan menyediakan laman web yang kelihatan seperti menyatakan sesuatu sedangkan sebenarnya ianya mengatakan sesuatu yang lain

Jenis-jenis Dark Patterns

  • Soalan berbentuk muslihat

Sesetengah laman web akan menyediakan soalan yang mengelirukan pengguna. Jika dilihat sekali imbas soalan itu seperti bertanyakan perkara lain tetapi jika diteliti sebenarnya ia bermaksud sesuatu yang lain.

  • Masuk ke dalam shopping cart tanpa disedari

Dikenali juga sebagai ‘sneak into basket’. Ketika pengguna ingin membeli sesuatu di laman web, laman web tersebut memasukkan item tambahan ke dalam shopping cart penggunatanpa disedari. Biasanya helah ini dibuat melalui opt-out button atau checkbox pada halaman sebelumnya.

  • Roach Motel

Situasi di mana pengguna mengalami proses mudah ketika subsucribe kepada sesuatu laman web, tetapi kemudian melalui proses yang sukar dan mengelirukan untuk unsubscribe daripadanya. (contohnya langgananPremium).

  • Privacy ‘Zuckering’ 

Pengguna akan tertipu untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai dirinya secara terbuka daripada yang sebenarnya mereka inginkan. Ia dinamakan sempena CEO Facebook Mark Zuckerberg berikutan kes pencerobohan prrivasi pengguna Facebook beberapa tahun lalu.

  • Menghalang perbandingan harga

Sesetengah laman web menghalang pengguna untuk membandingkan harga item dengan item yang lain. Ini menyukarkan pengguna untuk membuat kputusan yang tepat dan berbaloi untuknya.

  • Misdirection

Laman web direka bentuk dengan sengaja untuk menumpukan perhatian pengguna pada sesuatu bagi mengalihkan perhatian pengguna dari perkara yang lain. Contohnya seperti gambar di bawah, di mana pengguna akan tertarik menekan butang merah untuk check-in. Sedangkan butang sebenarnya yang tertulis no thanks, continue checking in diwarnai dengan warna kelabu untuk melakukan misdirection.

  • Kos tersembunyi

Pengguna hanya mengetahui beberapa caj yang tidak dijangka ketika proses akhir untuk melakukan pembayaran (contohnya: caj penghantaran, cukai dan sebagainya).

  • Confirmshaming

Teknik ini menipu pengguna yang membuatkan mereka rasa bersalah untuk memilih sesuatu. Pilihan untuk menolaknya direka dalam bentuk yang ‘memalukan’ pengguna dan akhirnya mereka patuh untuk memilih.

  • Iklan berbentuk penyamaran 

Iklan berbentuk penyamaran ini biasanya mengelirukan pengguna dengan jenis kandungan atau navigasi yang lain dari maksudnya, untuk menarik pengguna klik padanya.

  • Kesinambungan secara paksa

Apabila tempoh free trial pengguna dengan perkhidmatan berakhir, laman web tersebut mula mengenakan caj tertentu tanpa sebarang pemberitahuan. Terdapat beberapa kes, pengguna akan mengalami pengalaman yang lebih buruk kerana kesukaran pembatalan keahlian.

  • Spam rakan media sosial pengguna

Laman web akan meminta kebenaran e-mel atau media sosial pengguna dengan alasan bahawa ia akan digunakan untuk sesuatu seperti mendapatkan maklumat pengguna, tetapi kemudiannya menghantar mesej kepada semua kenalan pengguna dan mendakwa ianya berasal dari pengguna tersebut

Terdapat banyak Dark Patterns yang berlaku di internet, jadi pengguna harus sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan ditipu sekaligus mengalami kerugian. Sebenarnya banyak cara lain untuk e-commerce lakukan bagi mendapat hasil jualan dan bukanlah dengan cara menipu penggunanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...