Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Anak Anda Tidak Pandai Membaca

Trending

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Anak Anda Tidak Pandai Membaca

Perkongsian di twitter ini oleh @MADidham yang mempunyai pengalaman mengajar di Tadika dan juga pernah menjadi guru sukarelawan di kelas rakyat. Ini merupakan tips yang mengajar anda untuk mengenal pasti tahap kanak kanak dalam membaca.

Advertisement

Untuk Mengenal Pasti Kanak Kanak Boleh Membaca atau Tidak

1. Minta dia tulis perkataan yang disebut oleh kita. Tapi jika dia tak pandai tulis, dia masih kurang mahir membaca sebab siapa tak pandai membaca tak akan pandai menulis

2. Suruh dia baca surat khabar atau artikel yang tanpa gambar. Jika tak dapat baca atau gagap, dia masih di tahap lemah

3. Suruh dia baca ayat tunggal. Ayat yang tidak melebihi 6 perkataan. Jika masih tak boleh baca, dia masih keadaan lemah membaca

4. Seterusnya, suruh dia baca perkataan yang mempunyai 3 suku kata. Contoh, kereta. Jika masih tak dapat, sangat lemah skill membaca dia

5. Perkataan 3 suku kata tak boleh baca, bagi dia baca perkataan 2 suku kata. Jika masih tak boleh, ini sangat bahaya.

6. Ingat, jangan sesekali tunjuk perkataan yang ada gambar sebab mereka dah biasa tengok benda tu dan boleh sebut. Ini tentang membaca

7. Jika tak boleh baca 2 suku kata like, Batu, Mata dan lain lain. Kena ajar 1 suku kata lah, bagi perkataan KV. Like BA, TA, CA

8. Jika masih tak boleh baca 1 suku kata, dia memang di dalam tahap bahaya. Kena mula dari awal iaitu belajar tentang A B C, huruf vokal

Mungkin perkara ini anda anggap tidak penting tapi anda perlu ingat mengikut statistik, kebanyakkan pelajar sekolah rendah & menengah masih lemah 3M.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...