Bagaimana Tangan Boleh Dijangkiti Bakteria Apabila Menggunakan Pengering Tangan Di Tandas

Trending

Bagaimana Tangan Boleh Dijangkiti Bakteria Apabila Menggunakan Pengering Tangan Di Tandas

Pasti ramai diantara kita perasan dengan kewujudan pengering tangan di dalam tandas awam. Boleh dikatakan dimana-mana sahaja tandas, pasti akan ada mesin ini. Namun, tahu tak bahawa tangan kita sebenarnya boleh dijangkiti bakteria dengan mudah apabila menggunakan mesin pengering tangan ini.

Advertisement

Kita sendiri pun tidak begitu pasti samaada pengiring tangan ini benar-benar bersih atau sebaliknya. Memetik satu laporan, penggunaan mesin pengering tangan ini sebenarnya mendedahkan tangan anda kepada risiko bakteria di dalam mesin itu.

Alat pengering tandas berfungsi sebagai penyedut udara dari sekeliling dan menghembus udara panas dengan laju. Dengan penambahan suhu, tangan akan jadi lebih cepat kering. Apabila alat ini menyedut udara di sekeliling dengan dipenuhi bakteria, angin yang dihembus dari mesin itu akan melekat di tangan kita.

Pembiakan bakteria juga dibantu oleh suhu dalaman alat tersebut. Walaubagaimana pun, bakteria yang terdapat pada mesin ini tidaklah terlalu bahaya hingga boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Ramai yang mendakwa alat ini membantu menjimatkan kos.

Kalau boleh, selepas membasuh tangan sebelum makan. Elakkan dari menggunakan alat ini untuk mengeringkan tangan. Guna sahaja tisu untuk mengeringkan tangan anda yang basah itu. Lebih selamat dan kurang risiko dari dijangkiti bakteria.

Source : Telegraph.co.uk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...