Bagaimana Sebuah Kampung Di Indonesia Menjadi Tarikan Pelancong?

Travel

Bagaimana Sebuah Kampung Di Indonesia Menjadi Tarikan Pelancong?

Di Indonesia, terdapat sebuah tarikan yang amat menarik untuk anda yang ingin melihat sendiri pemandangan di dalam air sambil bergambar dengan suasana dalam tasik yang sangat cantik.

Umbul Ponggok, Indonesia adalah satu-satunya taman air yang membolehkan para pengunjung bergambar di dalam air dengan bergaya.

Umbul Ponggok taman tema air

Kredit: James Wendlinger

Bekas kolam tercemar

15 tahun dahulu Umbul Ponggok adalah sebuah kolam tercemar yang digunakan oleh penduduk kampung untuk melakukan rutin harian seperti mandi dan mencuci pakaian.

ramai pengunjung datang ke sini

Advertisement

Penduduk miskin

Penduduk di daerah ini dahulunya sangat miskin dan sebahagian besar penduduk di sini tidak berpendidikan tinggi. Dimana, mereka semua menjalankan pertanian atau berkerja di kuari.

penduduk daerah ini dahulu sangat miskin

Kredit: James Wendlinger

Kadar pengangguran tinggi

Kadar pengangguran di negeri ini sangatlah tinggi sejak 15 tahun lalu sehingga Junaedi Mulyono mempunyai idea dan mengubah Umbul Ponggok menjadi sebuah destinasi percutian tidak lama selepas beliau dipilih sebagai calon pada 2006.

Pada mulanya beliau menjemput beberapa pelajar dari Universiti Gadjah Mada di bandar itu untuk membuat pangkalan data masalah Ponggok.

Kami memerlukan pangkalan data sebenar yang mengandungi semua maklumat agar kami dapat merancang untuk menangani masalah penduduk kampung.

Yogyakarta semakin mendapat tempat di hati pelancong

Perhatian pelancong Malaysia

Kini, Yogyakarta semakin mendapat tempat di hati pelancong terutamanya daripada Malaysia. Jika sebelum ini, rakyat Malaysia gemar ke Bali sahaja, namun tidak lagi sekarang.

tarikan pelancong Malaysia

Bagi anda yang ingin mendapatkan gambar yang rare dan luar biasa, inilah tempatnya untuk anda kunjungi.

gambar kenang-kenangan

Bergambar di dalam air 

Apa kata anda ke sebuah lokasi yang cukup unik dan menarik dimana anda boleh bergambar di dalam air dengan khemah, tv, basikal, vespa, kereta dan berbagai lagi props di Umbul Ponggok.gambar kahwin dalam air

Alatan-alatan yang dinyatakan tadi merupakan di antara props yang terdapat di dalam air bagi tujuan bergambar.

bergambar bersama peralatan di dasar tasik

Kredit: James Wendlinger

Jika anda hendak singgah, bayaran masuk dikenakan RM5 sahaja. Hebatnya dari sebuah kampung yang sangat daif kini sebuah kampung yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

bergambar dengan khemah

Semoga Malaysia dapat mengambil contoh dari negara Indonesia untuk diaplikasikan di beberapa negeri di Malaysia yang masih mundur.

Dengan itu ia dapat membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan.

 

Sumber: asiaone

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...