Bagaimana “Rocket Internet” Buat Keuntungan Berbillion Ringgit Dengan Menciplak Syarikat Lain

Trending

Bagaimana “Rocket Internet” Buat Keuntungan Berbillion Ringgit Dengan Menciplak Syarikat Lain

Kebiasaannya kebanyakan syarikat-syarikat dunia akan mengambil dan menjual semula barangan dari syarikat lain. Dengan kata lainnya menjual produk orang lain tanpa mengeluarkan produk sendiri.

Advertisement

Namun berbeza dengan Rocket Internet, mengklon syarikat dan startup yang lain terutamanya dari Silicon Valley dan menjualnya kepada syarikat lain. Dianggaarkan keuntungan setakat ini yang berjaya dikaut oleh Rocket Internet sebanyak berbillion ringgit.

Sebagai rekod, aset yang dimiiki oleh Rocket Internet bernilai $3 billion. Penaungnya yang diketahui oleh Oliver amat gemar dan terkenal dengan teknik pemasaran secara agresif. Kebanyakan syarikat yang ditubuhkan oleh mereka mampu menjana jutaan ringgit kurang dari 3 tahun sahaja.

Bagaimana Strategi Rocket Internet?

Rocket Internet menubuhkan laman web startup yang mirip dengan laman web syarikat popular yang lain dari segi reka bentuk dan juga fungsi.

2 cara mereka buat duit dengan mudah iaitu:

– jual laman web yang telah dibina kepada pesaing sesebuah syarikat

– dapatkan pelabur luar dari laman web yang dibina

Dan antara kejayaan yang Rocket Internet pernah lakukan adalah seperti..

Alando

Sebuah laman web jual beli mirip ebay dan naik begitu cepat. Laman web ini telah dijual kepada pihak ebay dengan harga $50 juta yang mana baru sahaja 100 hari memulakan operasinya.

Citydeals

Laman web klon yang meniru laman Groupon yang menawarkan pelbagai kupon promosi. Laman web ini dibina pada tahun 2010. Walaupun baru 5 bulan beroperasi, mereka berjaya menjualnya dengan harga sebanyak $170 juta.

Resepi Kejayaan Rocket Internet

1. Fokus

Menghantar 3 orang apabila membuka sebuah syarikat baru di sesebuah negara iaitu CEO, CFO dan COO. CEO akan membina pasukan pekerja dan membuat rangka pemasaran.CFO berperanan menjaga aliran keluar masuk wang dan COO pula ditugaskan untuk memastikan stok barang mencukupi dan pelanggan dapat tepat pada masanya.

2. Pantas Bertindak Dan Tak Berlengah

Akan menjadikan apartment sebagai pusat operasi di peringkat awal apabila membuka syarikat baru di sesebuah negara dan mengambil pekerja secepat yang mungkin.

3. Teknik Pemasaran Yang Agresif

Rocket Internet akan mengepam suntikan modal sebanyak $5juta – $6juta untuk sesuatu syarikat (laman web) yang baru sahaja ditubuhkan. Modal yang digunakan untuk mengambil pekerja baru dan membuat pemasaran melalui Google dan Facebook untuk mendapatkan trafik yang pantas.

4. Ambil Pekerja Yang Tepat Dan Sesuai

Mereka menawarkan gaji dari 1.3 hingga 1.6 kali ganda dari yang sedia ada kepada pekerja yang pakar dalam bidang masing-masing.

5. Disiplin Yang Tinggi

Rocket Internet mementingkan kualiti kerja yang bermutu dan ada KPI yang perlu dicapai. Olie akan membuat mesyuarat bersama CEO yang dilantik di setiap syarikat pada setiap minggu untuk mengetahui proses dan pencapaian terbaru. Sekiranya KPI tak tercapai, beliau bertindak memalukan CEO tersebut dan tidak teragak-agak membuangnya.

Meskipun Rocket Internet mempunyai visi dan idea yang agak agresif, kebanyakan syarikat di Silicon Valley menyatakan rasa kurang berpuas hati dengan Rocket Internet kerana idea ini boleh membunuh banyak inovasi dari syarikat-syarikat baru yang dibangunkan. Ia memberi gambaran negatif seperti boleh menjana jutaan ringgit dengan meniru hasil kerja orang lain.

Source : The Hustle & Iluminasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...