Bagaimana Remaja 17 Tahun Ini Guna Kepakarannya Hingga Jadi Rebutan Syarikat Google Dan Facebook

Trending

Bagaimana Remaja 17 Tahun Ini Guna Kepakarannya Hingga Jadi Rebutan Syarikat Google Dan Facebook

Melihat perkembangan teknologi yang semakin membangun ketika ini, sudah tentu ramai bakat-bakat muda “dilahirkan” sejajar kemajuan era zaman kini. Kadangkala kita dapat lihat, generasi muda semakin hebat memacu dunia digital tanpa sempadan.

Advertisement

Terbaru, seorang remaja berumur 17 tahun yang bernama Michael Sayman berjaya menarik minat 2 syarikat gergasi dunia iaitu facebook dan google dek kerana kemahirannya dalam dunia teknologi.

Menyingkap kembali pembabitannya, Michael Sayman bermula sebagai seorang pelatih di Facebook Inc. Oleh kerana bakatnya dilihat berpotensi untuk pergi lebih jauh, remaja ini telah diberi kepercayaan oleh Facebook untuk menjadi jurutera perisian di syarikat itu. Difahamkan, Michael adalah pekerja termuda!

Setelah berkhidmat selama 3 tahun di facebook, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan meneruskan kariernya bersama syarikat Google. Nama Michael Sayman mula menjadi sebutan ramai dan popular apabila aplikasi permainan yang diciptanya 4 Snaps telah dimuat turun sebanyak 1 juta kali. Ini sesuatu yang amat membanggakan kerana ketika itu usianya baru sahaja 16 tahun.

Memetik kenyataan pembangunnya Michael Sayman, beliau sangat meminati sains komputer dan “programming” ketika usianya 12 tahun. Beliau akan mempelajari cara untuk membina aplikasi dan membuat carian di Google dan menonton video tutorial programming dalam tempoh yang lama.

Sewaktu kerjanya bersama facebook, Michael bertanggungjawab untuk menguruskan produk bagi membantu syarikat facebook bagaimana generasinya menggunakan telefon pintar berdasarkan trend remaja masa kini.

Dengan menjadi milik Google ketika ini, beliau menggalas tanggungjawab untuk membantu syarikat itu menguruskan produk Google Assistant iaitu sebuah sistem pembantu peribadi yang dipacu oleh Artificial Intteligence dan pencarian menggunakan suara.

CEO Google Sunder Pinchai berkata, Google Assistant merupakan perkara penting dalam syarikat itu untuk bersaing dengan musuh besar mereka iaitu Alexa(amazon) dan Siri(apple).

Ketika ini, Michael Sayman kekal sebagai pengurus produk paling muda di Google.

Source : Silicon Republic

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...